"KALAU raya makanan kegemaran saya adalah ayam masak merah," itu kongsi pemain penyerang TFC, Faisal Halim tentang sajian pilihan di Aidilfitri.
Katanya, setiap tahun juadah itu merupakan sajian wajib buatnya selain ketupat, lemang yang juga menjadi hidangan kebiasaan di hari lebaran.
"Saya memang suka ayam masak merah, mesti ada kalau setiap kali raya, namun kalau pagi raya saya juga akan cari ketupat dan rendang.
"Selain menu wajib, setiap raya mak juga akan masak laksa dan bihun sup untuk jamu orang tetamu yang datang beraya," kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.
Berkongsi tentang giliran beraya, Faisal memberitahu dia dan isteri tidak pernah berebut untuk ke rumah siapa dahulu kerana kedua-duanya berasal Pulau Pinang.
Katanya, kebiasaannya pada raya pertama mereka akan akan pergi ke rumah keluarga masing-masing di kampung halaman.
"Jarang kami berebut nak balik mana, sebab pagi raya pertama kami akan beraya di rumah dahulu dan kemudian ke rumah keluarga isteri atau saya.
"Tapi kalau beraya di Terengganu, saya hanya beraya bertiga, dan kemudian ke rumah rakan-rakan yang terdekat sahaja," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram