KEMELUT isu pemilikan Perak FC sudah berakhir selepas syarikat rangkaian telekomunikasi, XOX Berhad, sah menjadi pemilik baharu pasukan itu pada Jumaat.
Perkara iitu turut dikongsi oleh akaun Facebook, PERAK POWER yang memuat naik hantaran gambar majlis penyerahan pasukan kepada syarikat berkenaan.
Menurut salah satu hantaran, majlis itu difahamkan berlangsung pada pukul 11 pagi di Menara XOX, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam gambar majlis yang dikongsi Perak Power, turut kelihatan hadir adalah, Pengerusi Eksekutif XOX Berhad, Datuk Azim Zabidi. — Majoriti
Menyusul...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram