MEMBURU kemenangan pertama merupakan matlamat utama pasukan Penang FC apabila bertemu Sri Pahang Fc susulan pasukan itu masih belum mencatat sebarang tiga mata penuh sejak Liga Super bermula 4 Mac lalu.
Selepas kekalahan dengan Kedah 1-2 pada Ahad lalu, para penyokong berharap pasukan di bawah kendalian Thomas Trucah itu akan menampilkan aksi yang terbaik pada perlawanan di Stadium Darul Makmur pada Sabtu nanti.
Namun, menerusi sumber dari penyokong Harimau Kumbang terdapat dua pemain import mereka didakwa tidak akan turun beraksi pada perlawanan itu iaitu Rafael Vitor dan penyerang harapan Penang FC, Casagrande.
Difahamkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan sebelum perlawanan menentang KDA FC.
Perkara itu sekali gus merisaukan penyokong yang beranggapan bahawa kehadiran pemain import itu sangat penting terutamanya untuk bersaing dengan pemain import Sri Pahang seperti Johan Martial dan David Rowley.
Selain pemain dua pemain import itu, seorang pemain tempatan Penang FC, Adib Raop turut dipercayai tidak dapat beraksi pada Sabtu.
Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar Adib tidak dapat bermain sama ada disebabkan kecederaan atau sebaliknya.
Perkembangan itu sedikit sebanyak perkara itu bakal membimbangkan Trucha untuk menyusun semula formasi dan persoalan siapa yang bakal mengganti posisi mereka juga menjadi tanda tanya peminat kerana perkara itu hanya akan diketahui pada perlawanan esok. Di sudut positif, ketiadaan tonggak import membuka peluang untuk pemain-pemain muda Penang FC menyerlah, sekali gus merebut kesebelasan utama pasukan.
Untuk rekod, Sri Pahang FC berada di tangga kedua terakhir Liga Super dengan pungutan satu mata dari tiga perlawanan sementara Penang FC, berada di tangga kesembilan, selepas mencatat tiga kali seri dari lima perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram