AKSI Liga Super antara KL City FC dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Rabu menyaksikan beberapa insiden panas berlaku dalam 90 minit masa permainan.
Satu kad merah dan tujuh kad kuning dilayangkan dalam aksi kedua-dua pasukan itu, dengan tuan rumah menerima satu kad merah melalui Kenny Pallraj dan enam kad kuning, manakala JDT hanya menerima satu kad kuning
Pemain tengah itu dilayangkan kad merah akibat menampar kepala Leandro Velazquez pada minit ke-57.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Ipoh itu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu dan meluahkan kemarahannya dalam satu hantaran Instastory selepas perlawanan tersebut.
"Malaysia dah merdeka namun bola sepak Malaysia masih dijajah," katanya pada Khamis.
Hantaran Instastory Kenny Pallraj pada Khamis.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, pelawat mendahului pada minit ke-18 melalui jaringan pemain Argentina, Fernando Forestieri.
Bersambung babak kedua, JDT menambah dua jaringan menerusi penyerang berbisa, Bergson da Silva pada minit ke-62 dan minit akhir perlawanan.
Susulan hantarannya itu, Kenny berkemungkinan dikenakan tindakan kerana mengeluarkan kritikan secara terbuka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram