Bapa Nafuzi Zain meninggal dunia


  • Podium
  • Khamis, 31 Mac 2022

HANTARAN Facebook TFC pada Khamis. — TFC

BAPA kepada ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Menerusi satu hantaran Facebook TFC pada Khamis, Allahyarham, Mahammad Zain Mohd Amin menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah hari.

"Al-Fatihah buat Allahyarham, Mahammad Zain Mohd Amin ayahanda kepada Ketua Jurulatih Terengganu Football Club, Nafuzi Zain. Dimaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada tengahari tadi.

"Terengganu FC merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan itu.

Punca kematian bagaimanapun tidak dedahkan kepada umum. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram