Elavarasan penolong Pan-gon?


  • Podium
  • Rabu, 16 Feb 2022

ELAVARASAN dikhabarkan calon pilihan Pan-gon. — Facebook

KETUA jurulatih Sarawak United, E Elavaran dikhabarkan menjadi individu yang menjadi pilihan memegang jawatan penolong jurulatih tempatan kebangsaan.

Pada Selasa, media tempatan melaporkan calon pilihan ketua jurulatih baharu dari Korea Selatan, Kim Pan-gon itu akan didedahkan pada Khamis.

Elavarasan, 57, memiliki pengalaman luas melatih beberapa kelab Liga Malaysia (Liga-M).

Pan-gon meletakkan kriteria mencari seorang jurulatih tempatan yang berpengalaman luas dalam Liga-M bagi membantu beliau memantapkan skuad kebangsaan.

Elavarasan memulakan karier kejurulatihan bersama pasukan Public Bank FC dan berjaya membantu kelab itu memenangi Liga FAM dan dinaikkan pangkat ke Liga Premier serta Liga Super.

Selepas Public Bank FC menarik diri daripada menyertai Liga-M, Elavarasan berkelana ke Melaka, Felda United, Terengganu, PKNS, PDRM dan terkini, Sarawak United.

Bersama Sarawak United, Elavarasan berjaya membawa pasukan itu melangkah ke Liga Super 2022 selepas menduduki tangga kedua Liga Premier musim lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memaklumkan badan induk bola sepak negara itu tiada masalah untuk menebus kontrak sekiranya calon yang dipilih oleh Pan-gon memiliki kontrak dengan kelab masing-masing.

Selain penolong jurulatih tempatan, Pan-gon akan turut membawa empat lagi jurulatih untuk membantunya iaitu Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram