PENGENDALI Ireland yang juga legenda Manchester United, Roy Keane percaya Mohamed Salah memainkan watak penting dalam rundingan kontrak dengan Liverpool kerana kedua-dua pihak masih tidak dapat mencapai kata sepakat.
Jurgen Klopp terus menegaskan dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa dia tetap optimis persetujuan boleh dicapai dengan pemain handalan The Reds itu.
Kontrak Salah bersama Liverpool akan tamat musim panas depan.
Salah memberi tekanan kepada kelab apabila menyatakan bahawa situasi itu 'di luar kendaliannya'.
Liverpool akan dipaksa untuk memecahkan struktur gaji mereka bagi menjadikan pemain berusia 29 tahun itu sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam sejarah kelab.
Keane turut menegaskan bahawa langkah itu perlu dilakukan oleh The Reds.
"Dia berusia 29 tahun tetapi kebolehannya tidak boleh dinafikan.
"Dari sudut pandangan Liverpool, ia adalah pelaburan yang mereka perlu cuba dan berunding. Yang mereka perlukan adalah tanda tangan pemain terhebat di dunia sebelum kontraknya tamat," kata bekas pemain tengah Manchester United itu.
Katanya lagi, dalam menentukan pilihan untuk kekal dalam kelab, ia terpulang kepada pemain.
"Pemain yang bertanggungjawab akan berkata bahawa dia gembira dan dia jelas akan cuba dan berunding.
"Mungkin adakah dia (Salah) mahukan pengalaman baharu, tetapi dia pernah menyatakan beberapa kali bahawa dia gembira di Liverpool.
"Anda tidak boleh membiarkan pemain seperti itu pergi begitu sahaja., terutamanya secara percuma," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram