SATU ciapan di laman sosial Facebook milik bintang bola sepak, Mesut Özil mengundang tanda tanya ramai tentang keberadaannya di Malaysia.
Hantaran yang dimuat naik pada Jumaat itu memaparkan sebuah gambar illustrasi pemain tersebut sedang berdoa di hadapan masjid Kuala Kangsar, Perak.
Özil dalam statusnya menulis ucapan doa ringkas sempena meraikan keberkatan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari.
"Wahai Tuhanku, aku percaya padaMu dengan masa laluku, aku percaya padaMu di masa depanku, aku percaya padaMu hari ini, esok dan selamanya.
"Salam Jumaat Mubarak," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram