PASUKAN bola sepak Negeri Sembilan, Negeri Sembilan FC, dilaporkan menandatangani pemain kelahiran Sweden, Omid Nazari untuk musim ini.
Berita itu dikongsi oleh pemilik akaun laman sosial Twitter, T. Avineshwaran (@avineshW90) dalam satu hantaran pada Sabtu.
Negeri Sembilan FC dalam satu hantaran di Facebook turut mengumumkan tentang pengambilan Omid sebagai pemain import pasukan itu.
Dalam hantaran tersebut, pasukan itu turut memperkenalkan Omid dalam perkongsian ringkas.
"Omid Nazari merupakan pemain kelahiran Sweden, dan bermain di bahagian tengah.
"Berumur 30 tahun, pemain yang memiliki ketinggian 1.84 meter itu pernah mewakili pasukan seperti United FC, Persib Bandung dan Ceres FC.
"Omid memiliki lima penampilan bersama pasukan kebangsaan Iran.
"Omid juga merupakan warganegara Filipina dan didaftarkan di bawah kuota Asean," kongsinya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram