Sudah letak jawatan, Yusri Che Lah tidak dialu-alukan latih Perak FC?


  • Podium
  • Selasa, 07 Dis 2021

YUSRI memiliki 42 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dari 1997 hingga 2002.

LEGENDA bola sepak tempatan, Yusri Che Lah dikatakan sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Selasa dengan alasan kesinambungan karier di pentas liga Malaysia musim depan.

Dakwaan itu menguatkan lagi khabar angin bahawa jurulatih skuad projek FAM-MSN itu akan mengemudi skuad Perak FC bagi musim 2022.

ss waratwan

TANGKAP layar laman Twitter wartawan Astro Arena, Fina Nasrom pada Selasa.

Pada 3 Disember, bekas pemain tengah kebangsaan itu difahamkan telah mencapai persetujuan bersama pihak FAM untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad projek itu.

Sepanjang bersama dengan skuad projek itu, Yusri bertanggung jawab memberi tunjuk ajar pemain produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Namun, khabar itu tidak disambut baik oleh segelintir penyokong skuad Kejor Yob Kejor yang percaya ramai lagi jurulatih yang layak untuk mengemudi pasukan itu.

"Carilah jurulatih luar, dia uruskan pasukan FAM-MSN pun hancur," komen dari Chiko Chekli.

"Yusri memang pemain yang bagus. Tapi sebagai jurulatih, beliau belum layak jadi jurulatih utama. Sebab tiada lagi pasukan di bawah kendalian beliau yang berjaya. Taktikal beliau pun nampak lemah. Jika Perak ada bajet, tidak ada hasrat untuk jadi juara dan berhasrat ke liga M3, okey lah ambil beliau," kata pengguna Facebook, Kamal Bacha Ibrahim.

Hi, nak dengar pendapat anda tentang VIVAlicious 3.0 boleh (1080 x 1920 px)

TANGKAP layar komen dari peminat skuad Perak

Meskipun khabar angin pelantikan anak jati Perlis itu dipersoalkan segelintir penyokong Perak, pengalaman beliau mendidik pemain muda bersama skuad Kelantan dan Kuala Lumpur sebelum ini dilihat sesuai dengan skuad Perak yang dibarisi ramai pemain muda berbakat besar seperti Akmal Hazim dan Syazwan Zaipol Bahari.

Sebelum menjadi jurulatih, Yusri membuat 42 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dari 1997 hingga 2002, selain pernah beraksi untuk pasukan Perlis, Selangor dan Perak sebelum bersara pada 2007. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Yusri Che Lah, Jurulatih, Perak FC, FAM