Dua bekas import Sri Pahang kini terhangat di pasaran


  • Podium
  • Selasa, 07 Dis 2021

GOULON dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor FC musim depan. — Agensi

SRI Pahang FC pada Sabtu secara rasmi melepaskan 14 pemainnya musim ini termasuk kapten pasukan, Muslim Ahmad dan lima pemain import.

Antara pemain import yang dilepaskan adalah Herold Goulon dan Kenny Athiu.

Majoriti difahamkan, kedua-dua pemain berkenaan sudah menjadi rebutan pasukan Liga Super musim depan.

Pemain pertahanan kelahiran Perancis, Goulon disebut-sebut bakal dipinang oleh Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Selangor FC ketika ini mencari tenaga baharu di bahagian pertahanan selepas pemain importnya, Tim Heubach hanya beraksi sebanyak tujuh kali dalam saingan liga akibat masalah kecederaan.

Goulon sebelum ini menyertai Sri Pahang pada musim 2019 dan beraksi sebanyak 47 penampilan liga bersama pasukan berkenaan.

Pemain berusia 33 tahun itu juga terbukti tajam di hadapan gol apabila meledak 11 gol dalam liga untuk Sri Pahang serta pernah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma jarak jauh yang cantik ketika saingan Piala Malaysia 2019.

Selain Goulon, Athiu juga difahamkan menjadi sasaran pendatang baharu Liga Super musim depan, Negeri Sembilan FC.

Skuad Hobin Jang Hobin sudah pasti mahu memperkuatkan skuad mereka pada musim depan untuk bergandingan dengan Francis Kone dan Alain Akono.

Musim ini, Akono menjaringkan sembilan gol bersama Negeri Sembilan manakala Kone meledak lima gol.

Athiu

ATHIU hanya meledak lima gol dalam saingan Liga Super musim ini. — Agensi

Namun, Athiu hanya meledak lima gol dalam 11 penampilan Liga Super musim ini. Namun, kehadiran Athiu yang turut boleh beraksi di bahagian sayap tentunya akan memberikan kekuatan dalaman buat skuad Negeri Sembilan.

Selain Athiu, tiga lain pemain iaitu bekas penjaga gol Sri Pahang, Mohd Helmi Eliza; pemain tengah Perak, Izzudin Roslan dan pemain sayap Selangor FC, Sean Selvaraj turut dikhabarkan bakal menyertai skuad Hobin Jang Hobin musim depan.

Malah, Negeri Sembilan juga dikhabarkan memburu beberapa pemain lagi daripada Johor Darul Takzim (JDT), Selangor, Pahang dan Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Book staycations in Perak at affordable rates with Hotels.com Coupon Hotels.com Coupon