Tiga wakil Malaysia mara ke separuh akhir Terbuka Belgium


  • Podium
  • Sabtu, 30 Okt 2021

TZE Yong terlebih dahulu menempah slot separuh akhir dengan mengalahkan pemain Perancis, Lucas Claerbout. — The Star

PEMAIN perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, dan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus menjadi harapan negara selepas mereka berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Belgium.

Tze Yong dan Wei Chong-Kai Wun mara dengan mudah selepas menang dalam straight set pada Jumaat.

Tze Yong terlebih dahulu menempah slot separuh akhir dengan mengalahkan pemain Perancis, Lucas Claerbout, 21-14, 21-12..

Man Wei-Kai Wun kemudian membalas dendam kekalahan rakan senegara, Chang Yee Jun-Yap Roy King, kepada wakil Jepun, Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota, dengan kemenangan 21-18, 21-16.

Kemenangan itu secara tidak langsung mengulangi kejayaan mereka menjulang gelaran Master Sepanyol, Mei lalu.

Begitupun, hasrat untuk melihat Anna Cheong-Teoh Mei Xing mencipta kejutan ke atas pilihan kedua beregu wanita dari Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance, tidak kesampaian.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada mereka yang memberikan usaha terbaik sebelum tersingkir 21-15, 21-23, 19-21. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram