KELAB Newcastle mensasarkan bekas pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil untuk menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan Januari depan.
Ozil yang kini bermain di Turki bersama kelab Fenerbahce dikatakan berada dalam senarai pendek pasukan itu selain rakan sepasukannya, penjaga gol, Altay Bayindir.
Bagaimanapun, pihak Newcastle dikatakan belum membuat sebarang tawaran rasmi berhubung perkara itu.
Selepas pengambilalihan oleh taikun Arab Saudi, The Magpies kini dalam perancangan untuk memperkukuhkan jentera pasukannya dengan mensasarkan beberapa nama besar lain.
Pasukan itu kini berada di kedudukan ke-19 dalam Liga Perdana, dengan hanya meraih tiga mata daripada lapan perlawanan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram