Pemburuan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 bermula


  • Podium
  • Selasa, 19 Okt 2021

NIK Akif Syahiran (jersi kuning) dijangka menjadi nadi penting kepada skuad B-22 negara pada pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022.
TIADA nama bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi dalam sejarai akhir skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan yang akan menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 hujung bulan ini.

Sebaliknya, dalam senarai akhir lengkap yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa menyaksikan pengendali skuad B-22 negara, Brad Maloney menyenaraikan pemain berpangkalan di Jerman bersama kelab SGV Freiberg, Annil R Vigneswaran.

Selain itu, empat nama yang berada dalam skuad senior ketika menghadapi dua aksi persahabatan di Jordan baru-baru ini, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Quentin Cheng dan Mohamad Hakimi Abdullah turut terpilih.

fammm
Senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Brad Maloney


Antara nama besar lain yang turut berada dalam senarai 23 pemain adalah Nik Akif Syahiran, Umar Hakeem, Azri Ab Ghani dan Azhad Harraz.

Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Laos, Thailand dan tuan rumah, Monggolia.

Semua aksi skuad negara akan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar dari 25 hingga 31 Oktober ini.

Malaysia dijadualkan bertemu Laos pada 25 Oktober diikuti tuan rumah (28 Oktober) dan Thailand (31 Oktober) bagi menentukan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun. — Majoriti