PEMAIN sayap Mancehster City, Raheem Sterling mengakui dia bersedia untuk berhijrah ke kelab lain jika tidak diberi peluang beraksi lebih kerap, malah tidak menolak untuk menyertai kelab luar England.
Pemain berusia 26 tahun itu sudah berada di Etihad sejak 2015 selepas berpindah dari Liverpool, dan akan tamat pada 2023.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa England itu hanya melakukan satu penampilan dalam kesebelasan utama musim ini.
Kehadiran rakan senegaranya, Jack Grealish, dari Aston Villa pada Ogos lalu dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta (RM568 juta) dilihat menyukarkan lagi dirinya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap.
"Sekiranya ada kesempatan untuk pergi ke kelab lain, saya akan terbuka.
"Pada masa ini, bola sepak adalah perkara paling bagi saya.
"Saya sentiasa berasa yang mungkin suatu hari saya mahu bermain di luar negara dan melihat bagaimana saya menghadapi cabaran itu," katanya.
Sterling dilaporkan tidak akan menandatangani kontrak baharu sehingga dia mendapat kepastian mengenai masa bermainnya.
“Saya bukan pemain yang suka mengadu, saya hanya menagih peluang untuk beraksi lebih kerap dalam pasukan dan boleh menjaringkan gol banyak.
“Jika peluang itu datang dari kelab lain, sudah pasti saya akan mempertimbangkannya untuk meninggalkan City,” ujarnya. — Agensi