Skuad Piala Thomas negara akur kehebatan Jepun


  • Podium
  • Khamis, 14 Okt 2021

ZII Jia gagal menyaingi kehebatan Momota ketika aksi terakhir peringkat Kumpulan D di Aarhus, Denmark pada Khamis. — Agensi
SKUAD badminton Malaysia menamatkan saingan Kumpulan D kempen Piala Thomas di tempat kedua selepas tewas kepada Jepun 1-4 di Aarhus, Denmark pada Khamis.

Pada perlawanan pertama, pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tewas kepada pemain ranking nombor satu dunia, Kento Momota dengan 21-15, 12-21, 21-23.

Gandingan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut tewas dalam straight set 13-21, 13-21 kepada pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi

Harapan skuad badminton negara untuk cuba memberi saingan kepada Jepun terkubur selepas pemain perseorangan kedua negara, Cheam June Wei tunduk kepada Kanta Tsuneyama 20-22, 13-21.

Pasangan beregu lelaki Jepun, Akira Koga dan Yuta Watanabe meneruskan aksi cemerlang buat skuad tersebut apabila menundukkan gandingan beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani dengan 10-21, 16-21.

Mata tunggal negara disumbangkan oleh pemain perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao selepas menewaskan Kenta Nishimoto dengan 21-19, 21-18. — Majoriti