'Jangan mudah menyerah, kita akan lawan Jepun'


  • Podium
  • Rabu, 13 Okt 2021

PENGARAH Kejurulatihan Persatuan BAM, Wong Choong Hann. — The Star

SELEPAS mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Thomas dengan membelasah Kanada 5-0, skuad negara bertekad untuk mempamerkan semangat juang yang sama ketika bertemu Jepun pada Khamis.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, barisan pemain negara akan terus berjuang dalam aksi getir menentang naib juara 2018 itu, pada aksi terakhir Kumpulan D di Arena Ceres, di Aarhus, Denmark.

"Bertemu Jepun, jawapannya ringkas, kita akan lawan...Kita datang nak mengajar pemain muda kita bahawa kita tidak boleh mudah menyerah kalah, kita akan mengambil semua kesempatan di sini untuk mencabar mana-mana pasukan gergasi.

"Kalau kita mengajarkan penetapan minda dan budaya macam ini, tetapi kita punya tindakan berlainan, bagi saya tak serasi lah, jadi kita akan lakukan aksi serupa sebagaimana kita tetapkan dalam minda, dan lawan sampai akhir ketika menentang Jepun,” katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, pihak jurulatih akan merencana strategi bersesuaian dalam menetapkan barisan pemain negara, termasuk sama ada mengekalkan barisan gandingan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. — Bernama