PENJAGA gol Itali, Gianluigi Donnarumma menjadi kapten termuda skuad Gli Azzuri sejak 1965 apabila memimpin pasukan berkenaan ketika menentang Belgium dalam penentuan tempat ketiga UEFA Nations League pada Ahad.
Pengurus Itali, Roberto Mancini memberi lilitan kapten kepada Donnarumma selepas beberapa pemain yang sebelum ini memegang peranan tersebut, tidak beraksi.
Leonardo Bonucci tidak dapat beraksi selepas dilayangkan kad merah manakala Giorgio Chiellini dan Marco Verratti direhatkan dalam perlawanan tersebut.
Donnarumma merupakan kapten termuda ketiga dalam sejarah bola sepak Itali pada usia 22 tahun dan 15 hari.
Pada April 1965, Gianni Rivera menjadi kapten termuda kedua Itali yang beraksi pada usia 21 tahun dan lapan bulan.
Rekod kapten termuda Itali masih dipegang oleh Bruno Nicole pada April 1961 sewaktu berusia 21 tahun dan 61 hari.
Donnarumma setakat ini melakukan 39 penampilan antarabangsa bersama Itali sejak debutnya pada 2016.
Sepanjang penampilannya bersama Itali, Donnarumma merekodkan 20 perlawanan tanpa bolos dan hanya bolos 18 gol sahaja.
Pada perlawanan menentang Belgium, Itali berjaya mengalahkan Belgium 2-1 menerusi jaringan Nicolo Barella dan Domenico Berardi. — Agensi