PEMAIN perseorangan wanita negara, S. Kisona mengakui pretasinya tidak berada pada tahap terbaik buat masa ini, tetapi berjanji akan bekerja keras untuk kembali mendapatkan rentaknya dalam masa terdekat.
Pemain berusia 23 tahun yang dikejutkan dengan kekalahan 9-21, 14-21 kepada pemain ranking ke-183 Talia Ng dari Kanada pada aksi terakhir Kumpulan D, Piala Uber malam tadi (awal pagi Selasa di Malaysia), meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu berkata, ini bukan kali pertama beliau bergelut dengan prestasi merudum, apabila hilang bisa pada awal tahun ini dan ketika All England pada Mac, tetapi berjaya bangkit menjuarai kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol, Jun lepas.
Bagaimanapun, susulan menghadapi masalah kesihatan selepas kejohanan di La Nucia itu, prestasi pemain ranking ke-53 itu kembali merudum, dan beliau masih tercari-cari rentaknya.
"Saya rasa, tahap kecerdasan saya masih boleh ikut lagi, tapi dari segi kelajuan, saya lambat sikit, bukan pada perlawanan ini sahaja, tapi pertandingan sebelum ini pun sama. Prestasi seseorang atlet ada masanya berada dalam keadaan terbaik, dan ada masanya akan merosot.
"Pada masa ini prestasi saya agak menurun, saya dapat belajar dari sini dan perlu tahu cara mengatasi masalah. Saya hanya perlukan sedikit masa untuk memperbaiki prestasi namun, saya yakin akan dapat semula keyakinan diri,” katanya selepas perlawanan itu.
Kisona, yang terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai perseorangan utama negara, sebelum ini tewas kepada pemain nombor 12 dunia Mia Blichfeldt pada aksi pertama Piala Uber menentang Denmark.
Sementara itu, pemain berusia 20 tahun, Eoon Qi Xuan yang berjaya melakar kejutan ke atas pemain ranking 23 dunia, Line Christophersen dari Denmark, berkata lawannya pada aksi malam tadi, Rachel Chan menampilkan prestasi yang lebih baik untuk menewaskannya 21-12, 21-13.
"Pada aksi itu, saya rasa agak kurang, lawan saya dapat kawal perlawanan dan dia punya stroke pun berbeza, membuat saya tertekan. Ada banyak perkara yang saya harus meningkatkan seperti kekuatan pukulan,” kata pemain yang menduduki ranking 123 itu.
Qi Xuan juga berharap untuk memperbaiki rankingnya supaya menembusi kedudukan 50 teratas dunia dalam masa setahun lagi.
Malaysia, yang dibarisi oleh pemain muda dengan purata umur 22 tahun, gagal mencapai sasaran mara ke suku akhir Piala Uber kali ini, apabila mengalami kekalahan 4-1 masing-masing kepada tuan rumah Denmark dan Kanada, selain dibelasah 5-0 oleh China, sekali gus menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan D. — Bernama