Jorginho layak menang Ballon d'Or


  • Podium
  • Ahad, 10 Okt 2021

JORGINHO diramal memenangi Ballon d'Or pada tahun ini. — Agensi
PENGURUS Itali, Roberto Mancini yakin Jorginho bakal memenangi anugerah berprestij bola sepak, Ballon d'Or.

Jorginho menunjukkan prestasi terbaiknya pada musim 2020/2021 apabila membantu kelab dan negaranya memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan kejohanan Euro 2020.

Selain Jorginho, barisan pemain Itali lain seperti Nicola Barella, Gianluigi Donnarumma, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini turut tersenarai dalam calon Ballon d'Or.

Ujar Mancini, kesemua pemain di bawah bimbingannya memiliki kualiti yang baik sehingga boleh tercalon dalam Ballon d'Or.

"Mereka adalah pemain yang bagus dan tentu sahaja mereka tidak berada di sana kerana saya.

"Saya fikir, Jorginho semestinya memenangi Ballon d'Or dan dia sememangnya layak. Dia memenangi semua trofi dan dia sangat layak untuk itu (Ballon d'Or).

"Pelik jika dia tidak memenangi anugerah berkenaan," ujar Mancini.

Sejak 2007, persaingan merebut Ballon d'Or didominasi oleh dua pemain terkemuka, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Namun pada 2018, Luka Modric memecah monopoli dua pemain berkenaan selepas membantu Croatia ke peringkat akhir Piala Dunia 2018. — Agensi

Jorginho, Mancini, Itali, Chelsea, Ballon d'Or