EPL kuasai senarai calon anugerah Ballon d'Or


  • Podium
  • Sabtu, 09 Okt 2021

LIONEL Messi sekali lagi menjadi calon pilihan untuk memenangi Ballon d'Or. — Agensi

LIGA Perdana Inggeris (EPL) mendominasi senarai 30 senarai pendek untuk anugerah Ballon d'Or, menyaksikan 14 pemain tersenarai.

Bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi yang memenanginya pada edisi 2019 apabila mengetepikan Virgil van Dijk dan Cristiano Ronaldo turut tersenarai.

Menerusi satu info yang dibocorkan wartawan Perancis, Karim Djaziri di laman sosial Twitternya, Kevin de Bruyne, Ronaldo dan Mohamed Salah turut berada dalam senarai.

Selain de Bruyne, Ronaldo dan Salah, pemain lain yang berada dalam senarai 14 pemain adalah Cesar Azpilicueta, Ruben Dias, Phil Foden, Bruno Fernandes, Jorginho, Harry Kane, N'Golo Kante, Romelu Lukaku, Riyad Mahrez, Mason Mount, dan Raheem Sterling.

Untuk rekod, Ronaldo memenangi empat kali anugerah itu ketika bermain di Old Trafford.

Pemain daripada liga lain menyaksikan Nicolo Barella, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Simon Kjaer dan Lautaro Martinez menjadi ‘wakil’ dari Serie A.

Messi dan seorang lagi pemain baharu PSG, Gianluigi Donnarumma turut tersenarai bersama seorang lagi bintangnya, Kylian Mbappe.

Terdapat lima calon daripada saingan La Liga iaitu Karim Benzema, Luka Modric, Gerard Moreno, Pedri dan Luis Suarez.

Robert Lewandowski dan Erling Haaland juga berada dalam senarai, menjadi wakil dari saingan Bundesliga.

Untuk anugerah yang dijangka dilangsung pada 29 November ini, Messi sekali lagi menjadi calon pilihan mempertahankan trofi namun Lewandowski juga disebut-sebut sebagai pemenang.

Anugerah itu tidak diadakan pada tahun lepas gara-gara pandemik Covid-19. — Agensi

Ballon d'Or, Salah, Ronaldo, Messi