Hadiah RM33,000 jadi rebutan peserta Todak League


  • eSports
  • Khamis, 23 Sep 2021

TODAK League menawarkan hadiah terkumpul RM33,000 menerusi pertandingan PUBG Mobile dan Mobile Legend: Bang Bang

PENGANJURAN Todak League musim kedua menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM33,000.

Inisiatif penganjuran ini adalah untuk memberikan platform kepada peminat e-sports untuk menyerlahkan bakat dalam PUBG Mobile dan Mobile Legend: Bang Bang.

Untuk pertandingan Mobile Legends: Bang Bang, kategori dipertandingkan ialah kategori terbuka yang menawarkan hadiah sebanyak RM10,000.

Bagi PUBG MOBILE, tawaran hadiah ialah sebanyak RM23,000, membabitkan tiga kategori akan dipertandingkan iaitu kategori terbuka, kategori bawah 18 tahun dan kategori wanita terbuka.

Mereka yang berminat menyertai Todak League boleh membuat pendaftaran dengan segera sebelum 1 Oktober ini.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Todak League, sila layari laman sesawang mereka di https://todakleague.com/.

Pertandingan akan bermula 4 Oktober hingga 17 Disember. - Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

todak, hadiah, pubg, mobile legend