 
                                                PELUMBA George Russell diumumkan sebagai rakan sepasukan baharu Lewis Hamilton bersama Mercedes untuk musim depan.
Pemain Britain berusia 23 tahun itu menggantikan Valtteri Bottas, yang mengesahkan perpindahannya ke Alfa Romeo bermula 2022.
Russell berhijrah ke pasukan Silver Arrows selepas tiga kempen bersama Williams.
Dia juga menyerlah dalam satu penampilan buat Mercedes pada Grand Prix S akhir tahun lalu ketika menggantikan Hamilton yang diuji positif Covid-19.
"Ia hari yang istimewa buat saya secara peribadi dan profesional," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Mercedes.
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, berdasarkan kemenangan Russell dalam setiap kategori perlumbaan dan tiga musim terakhir ketika bersama Williams beliau yakin pelumba itu mampu memiliki masa depan yang cerah dalam F1.
Russell merupakan anak didik Mercedes sejak 2017 dan telah muncul sebagai salah satu bintang baharu F1 yang paling menyerlah sejak membuat penampilan pada 2019. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
