TMJ akui penat, 50-50 lepaskan JDT


  • Podium
  • Rabu, 01 Sep 2021

KEMUSNAHAN kelab menjadi kerisauan utama Tunku Ismail jika mahu meninggalkan JDT. — Bernama

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih berbelah bahagi untuk melepaskan kepimpinannya dalam kelab itu.

Sejak mula memimpin skuad Harimau Selatan pada 2014, pastinya banyak pertimbangan yang sedang bermain di fikiran Tunku Ismail sebelum ambil keputusan.

Menjawab kepada satu soalan pengguna Instagram, Tunku Ismail akui yang berasa cukup letih tetapi bimbang pasukan yang dibina musnah sekiranya ambil keputusan angkat kaki.

“Saya dah lapan tahun mengurus JDT FC. Secara jujur saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah. Players akan pergi, sponsors cabut dan kakitangan pun akan pergi.

tmjs

TANGKAP layar jawapan Tunku Ismail kepada salah satu soalan pengguna di Instagram.

So saya 50/50. Tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit. Saya mengurus bola sepak oleh kerana minat tetapi saya tidak perlukan bola sepak.

“Dalam hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain,” katanya menerusi IG Story.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor itu juga pernah meninggalkan satu komen di akaun Instagram @offifcialjohor dengan seakan beri bayangan untuk meninggalkan kelab yang ditransfomasikannya hingga muncul gergasi bola sepak Malaysia.

"Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

tmjj

"Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun. Ini saya punya last hadiah kepada kelab," kata Tunku Ismail dalam komen itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

TMJ, JDT, bola sepak