STREAMER nombor satu Malaysia, Soloz muncul individu pertama yang memiliki suara latar dalam permainan video Mobile Legends.
Penggunaan suara latar itu akan digunakan pada emote eksklusif Badang bersempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 pada Selasa.
“Saya teruja kerana menerima peluang untuk menjadi rakyat Malaysia pertama yang mempunyai suara latar dalam Mobile Legends.
“Tak sabar nak tengok peminat Mobile Legends menggunakan emote itu dalam permainan,” kata Soloz dalam satu kenyataan.
Emote itu akan menampilkan animasi Badang yang mengibarkan Jalur Gemilang.
Badang merupakan hero Malaysia pertama dalam Mobile Legends yang telah dilancarkan pada Januari 2019.
“Ia (emote Badang) akan sebut Merdeka tiga kali. Walaupun ayat itu pendek tetapi kena ada semangat.
“Saya cuba tengok di YouTube (laungan Tunku Abdul Rahman) ada angkat tangan ketika laungan itu, jadi saya pun ketika rakaman turut buat benda sama untuk dapatkan semangat sama,” katanya semasa menceritakan proses rakaman. – Facebook
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram