"Juventus sudah jadi sebahagian sejarah saya!" – Ronaldo


Oleh AP
  • Podium
  • Sabtu, 28 Ogos 2021

RONALDO akan kembali bersama Manchester United buat kali pertama sejak 12 tahun sejak meninggalkan Old Trafford pada 2009

“SAYA sentiasa sukakan bandar Turin sehingga hari terakhir saya!

Demikian reaksi Cristiano Ronaldo selepas disahkan bakal kembali ke bekas kelab yang mengangkat namanya, Manchester United.

“Hari ini saya keluar daripada sebuah kelab yang hebat, paling besar di Itali dan juga di Eropah. Saya telah berikan hati dan jiwa saya untuk Juventus dan saya akan sentiasa sukakan bandar ini.

“Akhirnya... Kita boleh lihat semula apa yang kita sudah capai adalah sesuatu yang hebat walaupun bukan semua seperti apa yang kita mahukan.

“Saya akan sentiasa menjadi salah seorang daripada kelab dan ianya juga akan adi sebahagian daripada sejarah saya. Kita sudah pun melakar cerita yang cukup menarik,” katanya yang dipetik menerusi Instagram.

Bersama Juventus, Ronaldo gagal memenangi Liga Juara-Juara Eropah seperti yang dilakukan bersama United pada 2008 dan empat kali dengan Real Madrid.

Namun Ronaldo muncul penjaring terbanyak Serie A dalam dua musim terakhir, merekodkan 101 gol dalam 134 perlawanan.

Terdahulu, The Red Devils mengesahkan mendapatkan tandatangan kapten Portugal itu dengan nilai €15 juta (RM74.2 juta).

Pemain berusia 36 tahun itu akan kembali bermain di Old Trafford sejak meninggalkan kelab Inggeris itu pada 2009 apabila menyertai Real Madrid.

“Welcome home @cristiano.

“Manchester Uniter berbesar hati untuk mengesahkan kelab ini sudah pun mencapai kata sepakat dengan Juventus untuk perpindahan Cristiano Ronaldo, bergantung kepada persetujuan peribadi, visa dan perubatan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram