Enggan sasar pelanggan matang, Emma mahu bisnes kopinya mesra Gen Z


  • Relaks
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Pernah menjadi hos karpet merah di MET Gala, model ini kini bergelar CEO untuk perniagaan kopinya sendiri, Chamberlain Coffee. - Instagram/@emmachamberlain

Usia bukanlah penghalang buat seseorang untuk mengambil risiko demi mencapai kejayaan yang diimpikan.

Perkara ini dibuktikan sendiri oleh seorang YouTuber terkenal, Emma Chamberlain, yang memulakan impiannya ketika usia baru menjengah 16 tahun.

Emma Frances Chamberlain, yang dilahirkan pada 22 Mei 2001, bukan sahaja dikenali sebagai personaliti media sosial dan pempengaruh, beliau juga seorang model serta usahawan berjaya. 

BACA LAGI: Bidang perubatan, IT antara top 5 pekerjaan 'high demand' di Malaysia, pelajar lepasan SPM mungkin boleh pertimbangkan

BACA LAGI: Sara keluarga dengan ternak haiwan sejak kecil, bekas minah kilang kini bekal skrin sentuh kepada syarikat teknologi global

Pada awalnya, Chamberlain hanya berkongsi konten berkaitan kehidupan sehariannya di YouTube, termasuk aktiviti seperti thrifting, memandu di sekitar kawasan kediamannya serta pengalamannya menikmati kopi ais.

Video-videonya mula menarik perhatian ramai apabila balang 'mason jar' yang diisi dengan cold brew buatan sendiri menjadi signatur kepad setiap video yang dimuat naik olehnya.

Emma Chamberlain pernah menghiasi muka depan pelbagai majalah fesyen terkemuka seperti Vogue dan Cosmopolitan. 

Oleh kerana minat mendalamnya terhadap kopi begitu mendapat tempat di hati penonton, situasi luar jangka ini meyakinkan Chamberlain untuk menceburi bidang perniagaan.

Pada tahun 2019, ketika ramai pempengaruh lain memilih untuk melancarkan jenama pakaian atau aksesori, Emma melihat satu jurang dalam pasaran kopi. Melalui pemerhatiannya, bisnes kopi lebih menyasarkan golongan berusia dengan pembungkusan tradisional.

Dengan bermodalkan $100,000 (kira-kira RM400,000), Emma memperkenalkan Chamberlain Coffee dengan hanya satu produk iaitu uncang kopi untuk penyediaan cold brew.

Namun, penjenamaan awal jenama tersebut tidak mencerminkan visi dan personaliti Chamberlain. Maka, beliau membuat keputusan berani untuk melaksanakan penjenamaan semula secara menyeluruh.

Pemenang Anugerah Streamy 2018 ini menyedari bahawa kebanyakan jenama kopi kelihatan membosankan dan gagal berhubung dengan pengguna muda. Generasi Z, contohnya, lebih menggemari cold brew dan matcha berbanding kopi panas.

Oleh itu, beliau mencipta penjenamaan yang ceria dan berwarna-warni, lengkap dengan maskot haiwan comel yang mampu menarik perhatian di rak kopi.

Strategi ini membuahkan hasil. Kini, Chamberlain Coffee boleh didapati di lebih 12,000 lokasi di seluruh Amerika Syarikat, termasuk Walmart dan Whole Foods, dan syarikat ini kini bernilai $20 juta (kira-kira RM88 juta).

Sebagai rekod, pada tahun 2019, majalah Time menyenaraikan Emma dalam senarai Time 100 Next dan beliau turut tersenarai sebagai antara 25 individu paling berpengaruh di internet.

Tiga rahsia kejayaan Emma Chamberlain:

1. Fahami generasi anda

Emma menyedari bahawa generasi Z lebih gemar minuman kopi sejuk, lalu beliau mencipta produk yang sejajar dengan cara sebenar generasi ini menikmati kopi.

2.    Utamakan keunikan dan keaslian

Tidak seperti selebriti yang hanya mengejar keuntungan, minat tulen Emma terhadap kopi telah didokumentasikan dalam ratusan video sebelum pelancaran jenamanya, sekali gus memberi kredibiliti segera kepada jenama tersebut.

3.    Tidak gentar untuk bermula semula

Apabila pelancaran pertama tidak memenuhi visinya, Emma berani melakukan penjenamaan semula sepenuhnya, berbanding meneruskan sesuatu yang tidak sesuai dengan identitinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

Artikel Berkaitan: