
Tahun ini, dunia fesyen menyaksikan kebangkitan label fesyen jalanan (streetwear) yang semakin dominan memeriahkan arena fesyen tempatan.
Di Malaysia, ramai anak-anak muda mengekspresi diri melalui stail kasual penuh attitude, hasil impak dari trend semasa yang cukup hangat diangkat oleh jenama-jenama mewah terkemuka.
Dari hoodie dilapisi blazer hingga ke baju-T grafik diselangi jaket pendek, semuanya menjadi simbol keberanian dalam menyampaikan mesej gaya dan keunikan identiti.
BACA LAGI: Ismail Izzani wajah kempen generasi baharu dalam landskap fesyen dan muzik
BACA LAGI: 'Ini trademark keluarga Emran,' pempengaruh Tyra kesal samping idea suami 'ditiru' jenama popular
Apa yang menjadikan streetwear begitu menarik adalah sifatnya yang inklusif dan uniseks, membolehkan pemakai menggayakan sesuatu dengan selesa tanpa had kreativiti.
Menurut pereka tempatan, Masyadi (MSYD), streetwear bukan hanya tentang fesyen, tetapi tentang identiti, ekspresi diri, dan keterikatan dengan komuniti. “Fesyen ini ikut komuniti,” katanya.
Padanan seperti seluar jeans kembang dengan kemeja tailored, atau jaket kulit bersama kasut ballet menggambarkan keberanian generasi masa kini mengadun elemen berbeza.
Jenama lokal seperti SVG membuktikan bahawa streetwear bukan sekadar trend, tetapi cerminan identiti dan nilai bersama. - Instagram/@svgwrldwide
Jenama tempatan seperti Against Lab, Futuremade dan Neucvr pula bijak menggabungkan elemen budaya Malaysia ke dalam rekaan malah mengadaptasi konsep ini ke dalam kempen pemasaran mereka.
Ini menjadikan streetwear dari jenama lokal lebih dekat dan relevan dengan rakyat Malaysia, selain sifat koleksi yang praktikal dan sesuai untuk cuaca panas serta gaya hidup aktif masyarakat tempatan.
Bagi Sam, pengasas bersama butik Anything di Johor Bahru, streetwear adalah satu bentuk budaya. “Streetwear bukan sekadar baju,” katanya.
Butik mereka bukan sahaja menjual pakaian, tetapi turut menganjurkan pameran seni dan kolaborasi bersama pereka tempatan lagi, lantas menghidupkan nadi pergerakan budaya kontemporari.
Jenama seperti Jonnie’s Bodega pula aktif berkolaborasi dengan kedai-kedai tempatan, mewujudkan komuniti yang kuat dan unik. Ia bukan sahaja mengukuhkan industri fesyen tempatan, malah memupuk semangat menyokong produk buatan Malaysia.
Contoh terbaik untuk komuniti streetwear global seperti Hypebeast dan Uniform Display menghubungkan individu dari pelbagai budaya, seolah-olah menghidupkan kembali semangat majalah Jepun Fruits yang pernah menjadi sumber maklumat untuk fesyen jalanan.
Dengan pengaruh dari budaya skate, muzik, seni jalanan dan juga sesuai untuk pemakai modest, streetwear kekal relevan dan berkembang pesat. Ia bukan sekadar bergaya, tetapi membina suara kolektif anak muda di jalanan. — Grazia Malaysia
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram