
KEMUNCULAN solo ahli kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink, Jennie dan Lisa buat pertama kali di Coachella telah melonjakkan reputasi kedua itu bintang itu, lantas memateri kedudukan mereka setanding dengan barisan penghibur terkemuka dunia lain.
Coachella Valley Music and Arts Festivals yang sedang berlangsung sekarang, diadakan selama tiga hari untuk dua minggu berturut-turut, yakni pada tarikh 11 hingga 13 April dan 18 hingga 20 April.
Pada pentas festival muzik paling ikonik ini, Lisa, 28, telah mengenakan dua kostum rekaan Asher Levine. Kostum untuk penampilan pertamanya berupa sut reptilia yang dilitupi sisik 3D dan satu lagi berkonsepkan sut bercahaya menyerupai makhluk bioluminesen dan serangga lutsinar sebagai kesinambungan imej daripada album solonya, "Alter Ego".
Jennie pula tampil dengan memilih pakaian gaya jalanan apabila mengambil alih pentas pada hari seterusnya.
Penonton yang membanjiri ruang konsert terbuka itu sangat teruja dengan persembahan bertenaga daripada dua ahli sensasi kumpulan K-Pop terkenal itu.
BACA LAGI: Pilates, senaman perut 800 kali, jus lemon rahsia 5 selebriti wanita K-Pop kekal langsing
BACA LAGI: Ketahui 3 langkah solekan mudah, wajah kekal 'flawless' walau seharian beraya dari rumah ke rumah
Menurut sumber, festival ini diasaskan oleh Paul Tollett bersama Rick Van pada tahun 1999 dan diurus oleh anak syarikat AEG Presents, Goldenvoice.
Festival ini menampilkan pelbagai jenis genre muzik seperti rock, pop, indie, hip-hop dan electronik.
Walaupun begitu, mereka mengalami kerugian besar pada tahun pertama penganjuran festival sehingga penganjurnya terpaksa menangguhkan acara untuk tahun berikutnya.
Namun, kerugian itu tidak mematahkan semangat mereka untuk kembali beraksi pada tahun 2001 dan terus berkembang menjadi festival tahunan yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik dan selebriti.
Pintu festival Coachella dibuka bermula 1 tengahari dan pengunjung bebas berhibur di mana-mana dari lapan ruang konsert yang disediakan.
Penganjuran Coachella pada tahun 2017 mencatat sejarah apabila tahun itu merekodkan kehadiran seramai 250,000 pengunjung dengan barisan persembahan hebat daripada Lady Gaga dan Kendrick Lamar.
Tahun ini, Coachella kembali menghangatkan pentas menerusi persembahan barisan artis hebat dunia termasuk Lady Gaga, Green Day, Post Malone dan Travis Scott.
Penonton membeli tiket pada harga bermula dari AS$649 (kira kira RM2,866) untuk minggu pertama dan AS$599 (kira-kira RM2,646) pada minggu kedua.
Tiket VIP dijual pada harga bermula AS$1,399 (kira-kira RM6,181) pada minggu pertama dan AS$1,199 (kira-kira RM5,296) untuk minggu kedua.
Festival ini berlangsung di Coachella Valley di Gurun Colorado, Amerika Syarikat.
Antara penginapan popular yang berhampiran sepanjang festival ini berlangsung termasuklah Renaissance Pal Springs Hotel, The Westin Rancho Mirage Golf Resort & Spa, La Quinta Resort & Club dan JW Marriott Desert Springs Resort & Spa.
Disebalik kemeriahan pentas muzik, Coachella turut menjadi tumpuan selebriti antarabangsa yang hadir dengan pelbagai gaya, lantas menjadikan festival ini seolah-olah pentas peragaan terbuka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram