Ketahui 3 langkah solekan mudah, wajah kekal 'flawless' walau seharian beraya dari rumah ke rumah


  • Berita
  • Rabu, 09 Apr 2025

Weightless Skin Foundation yang dijual pada harga RM 129 mampu mengekalkan solekan yang ringan.

HARI Raya Aidilfitri adalah waktu yang penuh dengan kegembiraan, kunjungan sanak-saudara dan pastinya, saat terbaik untuk tampil anggun. 

Dalam kesibukan menyambut perayaan, ramai yang ingin memastikan penampilan mereka sentiasa segar dan berseri sepanjang hari. 

Produk kosmetik, Bobbi Brown memperkenalkan rutin solekan dengan tiga langkah mudah yang direka khas untuk memberikan kesan segar sepanjang hari terutama ketika menghadiri majlis rumah terbuka Raya.

BACA LAGI: Muntah susu normal atau petanda masalah lain? Ketahui cara atasinya, perut bayi selesa, ibu gembira

BACA LAGI: Elak ayat 'ibu tidur lama' pada anak, pakar ulas cara atasi kesedihan pemergian orang tersayang

Pastikan kulit anda sentiasa terhidrat dan siap untuk menerima solekan. 

Langkah 1: Melembap dan menyediakan kulit

Untuk permulaan yang sempurna, pastikan kulit anda sentiasa terhidrat dan siap untuk menerima solekan. 

Vitamin Enriched Face Base 100 milimeter (ml) adalah pilihan utama untuk dibeli pada harga RM485. 

Produk itu bukan sahaja berfungsi sebagai pelembap tetapi juga sebagai primer yang membantu menyediakan kulit untuk tampilan solekan yang lebih lancar. 

Diperkaya dengan She Butter, Asid Hialuronik serta vitamin B, C, dan E, Vitamin Enriched Face Base berfungsi untuk melembapkan, mengisi semula kulit dan memberi lapisan asas yang berseri. 

Teksturnya yang ringan dan bau citrus yang menyegarkan menjadikan produk itu pilihan tepat untuk memulakan rutin solekan Raya anda.

Langkah 2: Penyegaran dan perlindungan

Bagi menambah seri dan memanjangkan ketahanan solekan, pilih Intensive Serum Radiance Primer (RM275).

Primer itu menggabungkan kelebihan Cordyceps dan Ginseng untuk merangsang tenaga kulit dan meningkatkan sinar semula jadi.

Ia juga membantu meratakan tona kulit serta memperbaiki tekstur kulit.

Dengan formula seperti serum, primer itu meluncur dengan mudah pada kulit, memberikan kelembapan yang mendalam serta memberi perlindungan pada kulit untuk menjamin solekan tahan lebih lama.

Bobbi Brown memastikan anda tampil berseri sewaktu hari raya.

Langkah 3: Menyempurnakan penampilan

Untuk mengekalkan solekan yang ringan dan tidak berat sepanjang hari, pilih Weightless Skin Foundation (RM129). 

Foundation itu memberikan liputan sederhana yang boleh dibina, disertakan dengan teknologi pengimbangan minyak dan hidrasi 24 jam.

Formula ringan yang dimiliki tidak hanya menjaga kesegaran kulit tetapi juga memberikan kemasan matte semula jadi tanpa kelihatan tebal atau cakey. 

Sama ada anda ingin tampilan glamor yang lebih menonjol atau gaya solekan ringan yang semula jadi untuk majlis rumah terbuka, foundation itu akan memastikan kulit anda tetap sempurna sepanjang hari.

Apa gaya raya anda?

Sama ada Glamour Glow atau Radiant Glow, Bobbi Brown menawarkan rutin solekan yang mudah dan efektif untuk memastikan anda tampil berseri sewaktu hari raya. 

Anda boleh menikmati ketahanan solekan yang segar dan tahan lama sepanjang majlis rumah terbuka dan perayaan Aidilfitri dengan menggunakan tiga langkah mudah iaitu melembap, menyediakan kulit dan menyempurnakan solekan.

Solekan yang tahan lama, kulit terhidrat dengan sempurna dan kesan wajah yang berseri adalah kunci untuk penampilan anggun tanpa perlu sentiasa melakukan sentuhan semula. 

Dengan Bobbi Brown, pastikan anda #GetRayaReady dengan cara yang mudah, sempurna dan menyeronokkan.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram