Penanda masa buat wanita elegan, hasil paduan emas dan keluli mewah


  • Relaks
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Keanggunan jam tangan Longines menjadi hiasan pergelangan tangan wanita sejak tahun 1920-an.

Koleksi Mini DolceVita daripada Longines terus menonjolkan keanggunan abadi dengan pengenalan model baharu yang menggabungkan keluli tahan karat dengan emas kuning atau emas merah. 

Jam tangan mewah ini direka dengan atau tanpa berlian, membuktikan kepakaran Longines dalam menghasilkan jam tangan barang kemas yang elegan.

Koleksi Mini DolceVita merupakan sebahagian daripada keluarga Longines DolceVita. Dicipta pada tahun 1927, ia diinspirasikan oleh model ikonik berbentuk segi empat tepat. 

BACA LAGI: Dilatih jadi jurutera, Bernard Arnault ubah dunia fesyen mewah hingga dinobat antara individu terkaya di dunia

BACA LAGI: Tiffany & Co. menyatukan keindahan alam dan berlian dalam koleksi 'high jewelry' terbaharu

Seiring dengan tradisi Longines sejak abad ke-19, barisan ini menampilkan empat model menawan berunsurkan dua bahan keluli mewah. 

Setiap jam tangan menampilkan bekas segi empat tepat berukuran 21.50 milimeter (mm) x 29.00 mm, dengan mahkota diperbuat daripada emas 18 karat, sama ada emas kuning atau merah. Dua versi ditawarkan bagi setiap rona emas.

Salah satu dihiasi 38 butir berlian Top Wesselton (seberat 0.456 karat) manakala satu lagi versi tampil ringkas tanpa berlian.

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Suzy Bae dilantik sebagai duta Longines pada Mei 2022.

Reka bentuk gelang menyerlahkan estetika bekas jam yang menyatukan keluli tahan karat dengan unsur emas dalam corak berselang seli halus. 

Paparan masa dihiasi dengan angka Rom biru dan jarum keluli biru, di samping subdial detik kecil pada posisi jam 6.

Dikuasakan oleh pergerakan kuarza L178 yang tepat dan kalis air sehingga 30 meter, Mini DolceVita menggambarkan falsafah keanggunan Longines.

Harga untuk Mini DolceVita bertatah berlian RM35,400 manakala tanpa berlian RM24,800. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram