
JENAMA permainan kanak-kanak, Barbie, yang mula diperkenalkan pada tahun 1959, dianggap sebagai pencetus revolusi kerana berjaya menginspirasi kanak-kanak perempuan dan wanita muda pada era tersebut untuk meneroka potensi diri tanpa batasan.
Hari ini, Barbie terus memperkasakan golongan hawa menerusi pelbagai kolaborasi sebagai membuka pintu kepada pelbagai peluang dan kemungkinan masa depan.
BACA LAGI: Ameera Khan 'tawan' hati dunia fesyen, ragam gayanya di minggu fesyen raih perhatian
Terbaru, Barbie telah mengadakan usahasama bersama jenama jam tangan Casio menerusi edisi G-SHOCK.
Kedua-duanya memiliki kerasian visi dalam pemerkasaan wanita agar golongan ini terus cekal dan berdaya tahan dalam menempuhi cabaran masa hadapan.
Model baharu serba pink ini bersifat tahan hentakan dan menampilkan reka bentuk berlapis-lapis dengan perincian dimensi yang kompleks.
Jam G-SHOCK Barbie hadir dalam skema warna monokrom merah jambu yang elegan.
Logo Barbie tertera pada gelung tali jam pada kedudukan digit tiga, manakala indikator bermotif hati menghiasi dail kecil pada kedudukan jam sembilan.
Siluet ikonik anak patung ini turut dipaparkan pada tali dan penutup belakang jam, menyerlahkan lagi identiti dunia Barbie.
Selain itu, jam tangan bernilai RM795 ini didatangkan dalam kotak khas yang diinspirasikan daripada kotak anak patung Barbie sendiri.
Pastinya ia membangkitkan semula keterujaan yang dirasai setiap kali membuka kotak Barbie baharu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram