
BERITA gembira buat peminat Louis Vuitton, pertengahan tahun ini, jenama mewah tersebut akan meneroka dunia kecantikan melalui pelancaran La Beauté Louis Vuitton.
Selari dengan warisan kreatif yang menjadi identiti jenama, kategori baharu ini membuka dimensi baharu yang lebih segar dalam memenuhi kehendak pelanggan hari ini.
La Beauté Louis Vuitton diketuai oleh jurusolek terkemuka Britain, Dame Pat McGrath yang menduduki jawatan Pengarah Kreatif.
BACA LAGI: Serum terbaik untuk kulit wajah, sesi bersama pakar jenama kecantikan global di House of Sephora
BACA LAGI: Impak AI dalam industri kecantikan, dorong trend dan cipta pengalaman baharu kepada pengguna
Louis Vuitton menjanjikan sebuah rangkaian kecantika yang serba mewah, selari dengan DNA jenama sejak turun temurun.
Dengan kepakaran dan visinya, beliau akan berkongsi pengalaman kecantikannya melalui koleksi produk solekan yang unik dan selektif.
Diiktiraf sebagai salah seorang jurusolek paling berpengaruh di dunia, Pat McGrath memiliki jenama makeup sendiri, Pat McGrath Labs yang dilancarkan pada tahun 2015.
Salah satu set kecantikan dari tahun 1920-an yang masih disimpan di dalam arkib Louis Vuitton.
Selain itu, beliau telah dianugerahkan gelaran Dame oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 2021, satu penghormatan yang belum pernah diberikan kepada mana-mana jurusolek lain.
Dengan penyertaan Pat McGrath, segmen kecantikan Louis Vuitton bakal menyaksikan aneka alat solek selain minyak wangi.
Bedak kompak Louis Vuitton yang pernah diiklankan hampir seabad lalu.
“Selepas lebih 20 tahun berada di belakang pentas pertunjukan fesyen Louis Vuitton, saya teruja untuk menyumbang kepada pelancaran La Beauté Louis Vuitton, yang menggabungkan kehalusan, kreativiti dan inovasi luar biasa,” kata Pat McGrath.
“Kecantikan bukan sekadar produk. Apa yang bakal kami perkenalkan akan membawa dunia kecantikan ke tahap yang benar-benar baharu.”
Sementara itu, Pietro Beccari, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton, berkata, pelancaran La Beauté Louis Vuitton adalah perkembangan semula jadi bagi jenama ini yang sentiasa menitikberatkan kualiti, formulasi, dan inovasi.
“Dunia baharu ini membolehkan kami terus mendampingi pelanggan dalam kehidupan seharian mereka, sambil mengekalkan kreativiti serta warisan kami.” — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram