[VIDEO] 'Pose' pelik-pelik makan diri, leher pemuda China terbelit dahan pokok sebelum ditinggalkan kawan-kawan


  • Relaks
  • Isnin, 16 Dis 2024

Leher seorang lelaki tersangkut pada dahan pokok ketika cuba menangkap gambar.

SEORANG lelaki warganegara China mengalami detik cemas apabila lehernya terbelit dahan pokok ketika cuba bergambar.

Rakaman itu yang dipercayai berlaku di China itu mulai tular apabila dimuat naik di media sosial sejak Isnin.

Pada awalnya, pemuda tersebut berniat untuk mengambil gambar dengan memasukkan lehernya ke dalam lubang yang terdapat pada batang pokok.

Namun, secara tiba-tiba, lehernya terbelit pada dahan pokok tersebut menyebabkan dia sukar untuk mengeluarkan kepala.

Dalam keadaan panik, pemuda itu didakwa ditinggalkan oleh rakan-rakannya tanpa bantuan yang menambah kesulitan dalam usaha untuk melepaskan diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bimbang dengan keselamatan lelaki itu.

"Adakah lehernya akan dipotong gara-gara tidak boleh terlepas daripada dahan itu," kata Lambe Lurah.

"Sampai sekarang ke dia masih belum boleh keluarkan leher." tulis Ara Auni. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram