'Kos cecah RM150,000 untuk rawat selama 12 hari di hospital', Menteri Kesihatan beri amaran buat penghisap vape


  • Sihat
  • Khamis, 14 Nov 2024

Kos cecah sehingga RM150,892.11 untuk merawat kecederaan berkaitan vape bagi pesakit yang dimasukkan ke wad selama 12 hari di hospital. — Gambar Hiasan

KOS mencecah sehingga RM150,892.11 untuk merawat kecederaan berkaitan vape bagi pesakit yang dimasukkan ke wad selama 12 hari di hospital, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi amaran bahawa kos merawat kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan produk e-rokok dan vape (Evali) boleh meningkat dengan ketara menjelang 2030 jika tiada apa-apa inisiatif dilakukan.

“Jika tiada langkah kawal selia diambil terhadap penggunaan perokok atau vape, kos rawatan dijangka meningkat sehingga RM368 juta setahun menjelang 2030," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Demi pastikan si bulus muncul juara dunia, 'bibik' tak kisah berhabis wang ke Norway dan Amsterdam

BACA LAGI: Nikmati pengalaman sendirian dengan selamat, 5 tip berguna buat pengembara solo

6174851512430345411

Kos merawat kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan produk e-rokok dan vape (Evali) sangat tinggi. — Gambar Hiasan

Menurut Dzulkefly, terdapat 41 kes Evali dilaporkan dari 2019 hingga 30 September 2024.

Dzulkefly berkata, Akta Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2024 yang dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lepas bertujuan untuk memastikan undang-undang lebih ketat terhadap promosi, pengiklanan, penjualan dan penggunaan produk merokok di tempat awam.

"Akta ini akan melindungi kanak-kanak dan remaja daripada terpengaruh dengan merokok dan pada masa sama mengurangkan risiko berkaitan merokok dan juga kos rawatan ditanggung kerajaan.

"Kami juga berharap dapat menyebarkan kesedaran mengenai bahaya merokok dan menggalakkan perubahan positif dalam gaya hidup dan tabiat untuk kesihatan awam yang lebih baik," katanya. — The Star/ TARRENCE TAN AND RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram