Suami juga ada peranan besar bantu elak kelahiran anak tak cukup bulan


  • Sihat
  • Isnin, 20 Mei 2024

Ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan mental dan stres boleh mengundang kelahiran bayi pramatang. — Gambar Hiasan

KEHAMILAN merupakan satu perjalanan luar biasa yang sentiasa diharapkan para ibu supaya mampu mengharunginya dengan lancar.

Sayangnya, tidak sedikit golongan wanita yang mengalami kesulitan semasa proses kehamilan yang mengundang bahaya kepada ibu dan juga bayi.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Dahlia Abdul Malik berkata, ramai ibu hamil cenderung alami stres kerana bimbang dengan pelbagai perkara di sekelilingnya.

BACA LAGI: Tak jaga makan, terlalu sibuk berlatih menari, Mimi Fly dedah pernah koyak otot paha

BACA LAGI: Sistem pertahanan usus lemah undang penyakit, pakar tegaskan pentingnya nutrien tertentu

WhatsApp Image 2024-05-18 at 1.32.12 PM

Ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan mental dan stres boleh mengundang kelahiran bayi pramatang. — Gambar Hiasan

"Kadang mereka bimbang tentang diri sendiri, keluarga dan kandungan.

"Kandungan yang tidak terancang, trauma dengan keguguran atau pernah terjadi masalah kesihatan bayi sebelumnya juga boleh jadi sebab stres," katanya.

Malah, ibu hamil kebiasaannya lebih sensitif kerana perubahan hormon yang mendorong kepada terjadinya mood yang berubah-ubah secara drastik.

Dr Dahlia berkata, masalah kesihatan yang berlaku di kalangan ibu hamil boleh mempengaruhi anak yang bakal dilahirkan.

Lebih membimbangkan lagi apabila hubungan ibu dan bayi terjejas disebabkan kemurungan, kebimbangan yang berlebihan dan juga penggunaan bahan terlarang untuk mengurangkan stres ibu ini.

"Ibu hamil boleh alami kesukaran untuk berehat, tidur, tiada semangat dan tubuh badan mereka lebih penat berbanding biasa," katanya.

Mereka juga berisiko mendapat tekanan darah tinggi serta masalah serius lain yang berkait dengan hal itu.

Walaubagaimanapun, Dr Dahlia berkata, perasaan itu perlulah dikendali dengan baik bagi mengelak mengganggu rutin harian.

"Kebimbangan, kerisauan dan tekanan mungkin normal bagi ibu hamil tetapi kesihatan mental ibu perlu berada di tahap optimum," katanya.

WhatsApp Image 2024-05-18 at 1.40.54 PM

Ibu yang mengalami masalah sebelum bersalin boleh undang kelahiran bayi pramatang. — Gambar Hiasan

Dr Dahlia turut mencadangkan beberapa perkara untuk dilakukan mengikut keadaan ibu hamil:

1) Wujudkan perasaan gembira

Dr Dahlia mengingatkan agar ibu hamil menikmati hal-hal yang boleh memberi ketenangan supaya memperoleh merasa bahagia.

"Contohnya menikmati tendangan bayi boleh bantu jalinkan hubungan dengan bayi yang belum lahir.

"Ibu juga boleh fokus kepada diri sendiri dengan menikmati persekitaran yang nyaman dan juga makanan yang enak, serta berbelanja untuk diri sendiri," katanya.

WhatsApp Image 2024-05-18 at 1.45.29 PM

Senaman yoga baik dilakukan untuk para ibu yang sedang hamil. — Gambar Hiasan

2) Senaman yoga

Senaman yoga membuatkan ibu lebih fokus kepada keadaan mental dan fizikal yang baik.

Dengan kekal aktif sepanjang kehamilan, ibu hamil dapat membina stamina sebagai persediaan bersalin dan juga dapat mengurangkan rasa ketidakselesaaan badan.

3) Mengisi minda dengan spiritual atau keagamaan

Dr Dahlia berkata, pengisian spiritual atau keagamaan merupakan antara aspek penting untuk mengelolakan kesihatan mental.

Bertafakur atau meditasi adalah salah satu bentuk teknik relaksasi yang dapat dilakukan dengan mudah dan waktu yang singkat untuk mendapatkan ketenangan.

4) Mengelak perbalahan

Menurut Dr Dahlia, ibu hamil perlulah menghindari pertengkaran sekecil apa pun supaya tidak menambah bebanan di dalam fikiran yang hanya akan mengundang stres.

"Luahkan perasaan dan berkomunikasilah dengan baik terutama dengan pasangan.

"Sokongan daripada keluarga terutama sekali pasangan amat penting untuk kendalikan kesihatan mental ibu hamil," katanya.

5) Mendapatkan khidmat pakar.

Dr Dahlia berkata, ibu hamil perlulah berjumpa dengan doktor atau pakar psikologi sekiranya berasa stres yang tidak terkawal sehingga mengganggu rutin harian.

"Luahkan segala perasaan yang terbuku sewaktu konsultasi dan rawatan yang bersesuaian akan diberikan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram