Sistem pertahanan usus lemah undang penyakit, pakar tegaskan pentingnya nutrien tertentu


  • Sihat
  • Isnin, 13 Mei 2024

Ibu bapa perlulah memastikan anak menerima nutrien yang secukupnya bagi mengelak kerap jatuh sakit. — Gambar hiasan

SETIAP fasa dalam kehidupan si kecil adalah begitu bermakna buat kedua-dua ibu bapanya.

Boleh dikatakan hampir kesemua ibu bapa mahu menyaksikan perkembangan dan tumbesaran si kecil di depan mata mereka.

Ketika anak menjejaki awal usia tumbesaran, kebimbangan biasa yang sering difikirkan oleh ibu bapa adalah kekerapan penyakit yang mungkin dialami oleh anak-anak mereka sewaktu sedang meningkat besar.

BACA LAGI: Ketumbit mitos intai orang, rupanya boleh jadi petanda awal kanser

BACA LAGI: 'Ada bayi lahir besar melampau cecah 5kg', ketahui risiko ibu hidap diabetes semasa hamil

1477384

Kanak-kanak berpotensi mengalami tiga hingga enam kali demam setiap tahun. — Gambar hiasan

Melihat anak mereka jatuh sakit sedikit sebanyak pastinya menimbulkan rasa panik kepada ibu bapa sehingga berharap biar mereka sahajalah yang menanggung kesakitan itu.

Kekerapan terjadinya penyakit sebegini boleh mengganggu tumpuan kanak-kanak sehingga berkemungkinan terlepas peluang untuk meneroka lebih luas dalam bidang pembelajaran.

Bercakap mengenai itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina, Dr. Yong Junina menegaskan bahawa sistem pertahanan usus kanak-kanak yang lemah mendorong mereka untuk lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan kuman berbahaya yang mengundang kepada penyakit.

WhatsApp Image 2024-05-08 at 9.14.52 PM

Ibu bapa pasti bimbang jika anak-anak mereka jatuh sakit. — Gambar Hiasan

Lebih membimbangkan, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berpotensi untuk mengalami tujuh hingga 10 kali selesema dan tiga hingga enam kali demam setiap tahun.

Susulan itu, Dr Yong Junina berkata, amat penting untuk menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus anak kecil.

"Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat bukan sahaja terdedah kepada lebih banyak peluang pembelajaran tetapi juga mempunyai lebih banyak masa untuk penerokaan yang turut menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr Yong Junina turut menekankan kepentingan nutrien tertentu dalam diet kanak-kanak.

“Pemakanan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, susu, produk tenusu dan bijirin penuh adalah penting untuk menyediakan nutrien penting.

"Ibu bapa juga boleh memberikan makanan berfungsi seperti strain probiotik yang dikaji secara saintifik dan prebiotik untuk menyokong lagi kesejahteraan anak-anak mereka," katanya.

Untuk rekod probiotik dan prebiotik adalah dua komponen makanan yang mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kita. Probiotik ialah bakteria baik manakala prebiotik ialah makanan kepada bakteria baik ini. Kedua-duanya mempunyai peranan yang tersendiri.

Salah satu contoh strain probiotik yang dikaji secara saintifik adalah Bifidobacterium lactis HN019, yang dikenali dengan keupayaannya untuk meningkatkan tindak balas sel imun terhadap bakteria berbahaya.

Strain probiotik ini juga penting untuk mengekalkan persekitaran usus yang seimbang dan meningkatkan kesihatan usus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram