Trend TikTok tidur tutup mulut guna pita pelekat, doktor nasihat jauhinya


  • Sihat
  • Isnin, 15 Ogos 2022

Hashtag #mouthtaping mempunyai lebih 24 juta tontonan di TikTok.

TREND terbaharu TikTok iaitu menutup mulut dengan pita pelekat yang didakwa boleh menjadikan tidur lebih nyenyak itu kian menakutkan doktor.

"Ini adalah salah satu trend paling berbahaya yang pernah saya dengar dalam beberapa waktu, dan saya agak bimbang bahawa ia dianjurkan sebagai trend 'kesihatan'," kata pengamal am David Culpepper kepada Fox News.

Hashtag #mouthtaping mempunyai lebih 24 juta tontonan di TikTok.

Ramai pengguna dalam talian mengatakan bahawa amalan itu membantu mereka terus tidur, mencegah masalah resdung, mendapatkan rehat yang lebih baik dan faedah lain.

Doktor dalam talian seperti Kathryn Boling memanggilnya sebagai idea yang menakutkan

Boling, yang bekerja dengan Pusat Perubatan Mercy di Baltimore, memberi amaran kepada orang ramai di Twitter bahawa menutup mulut mereka boleh menyebabkan bahaya yang serius.

Tambah pengamal perubatan itu, bibir juga merupakan anggota badan yang sensitif untuk menahan daripada pita pelekat dicabut setiap hari.

Walaupun pengguna membeli pita gred perubatan yang digunakan untuk kulit namun risiko masih tinggi dan mendatangkan bahaya.

"Jika rongga hidung anda tersumbat pada waktu malam kerana selsema atau alahan.

"Anda boleh sesak nafas kerana tidak mendapat udara yang mencukupi....Saya akan menggesa sesiapa sahaja yang mempertimbangkan untuk mencuba trend ini agar berhenti." kata Culpepper kepada FOX News.

Jika seseorang bergelut dengan saluran hidung atau pernafasan yang betul semasa tidur, pakar mengesyorkan mereka menghubungi doktor mereka untuk mendapatkan nasihat perubatan.

“Menutup mulut dengan pita pelekat lebih berkemungkinan memburukkan pernafasan malam semasa tidur daripada memberi kesan positif," kata doktor Shiv Sudhakar kepada Fox News.

"Jika anda menghadapi masalah mulut kering atau pernafasan mulut, saya akan mengesyorkan lawatan ke pakar tidur memikirkan cara terbaik untuk merawatnya." — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram