Keluarga Yasin Sulaiman lancar tabung bantuan, biaya kos guaman


  • Hiburan
  • Khamis, 28 Apr 2022

Yasin kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya.

SEBUAH tabung telah dilancarkan oleh keluarga penyanyi, Yasin Sulaiman bagi mengutip sumbangan ramai bertujuan untuk membiayai kos guamannya.

Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Yasin sendiri.

Difahamkan juga hantaran tersebut dibuat keluarga selepas menerima kebenaran daripada Yasin.

“Assalamualaikum, kiriman ini dihantar bagi pihak keluarga Yasin Sulaiman dengan kebenaran Yasin Sulaiman.

“Untuk menampung kos pembelaan bagi tuduhan yang amat berat ini, pihak keluarga Yasin ingin memohon kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan agar dapat membantu Yasin mendapatkan pembelaan yang adil di mahkamah.

“Bagi warga tempatan, anda boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun abang kepada Yasin, Mohamed Zain Sulaiman seperti berikut:

“Bank: RHB BANK. Nama Pemegang Akaun: Mohamed Zain Bin Sulaiman. Nombor Akaun: 11401360010078. Rujukan: Bantuan Yasin

“Bagi sumbangan luar negara pula, sepupu Yasin di Amerika Syarikat, Aida Maher telah menyediakan akaun gofundme.

“Pautan gofundme adalah http://gofund.me/30df2a21 (pautan di stories dan disimpan di highlights 'fundraising'),” maklum kemas kini tersebut, " menurut hantaran itu.

Perkara tersebut dikongsi dan tular di laman sosial dengan tanda pagar #solidarityforYasinSulaiman.

Yasin kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram