Kisah di sebalik guru tular mengajar pakai alat bantu pernafasan di Kota Tinggi


  • Tular
  • Selasa, 19 Apr 2022

Guru tersebut dikatakan mengajar di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor.

SEORANG guru yang tular kerana dedikasinya untuk tetap mengajar anak muridnya walaupun terpaksa menggunakan alat bantu pernafasan menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dipercayai dimuat anak muridnya di TikTok, guru tersebut tular menerusi satu klip video pendek turut disertaka dengan kapyen, "tetap mengajar anak muridnya."

Susulan tularnya video berkenaan, pemilik akaun Twitter, @rulduff tampil menceritakan identiti sebenar guru tular itu yang juga merupakan ibu saudaranya.

Katanya, guru tersebut merupaka adik kepada arwah bapanya yang dikenali dengan nama Syaria’h Abdullah.

"Dia mempunyai penyakit asma yang kronik dan bertambah teruk selepas dijangkiti Covid-19.

"Kerana bimbangkan anak murid (tingkatan enam atas) yang ketinggalan, dia sanggup mengajar meskipun pakai alat bantu pernafasan, malah dari kecil kami semua anak saudara dia ajar tuisyen secara percuma," katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

guru 1

Tambahnya lagi, wanita yang digelar Makdak itu, merupakan ibu saudara yang terbaik dan mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik anak bangsa.

guru 2

Jelasnya lagi, ibu saudaranya mengajar di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor dan keadaannya sudah bertambah baik meskipun masih memerlukan alat bantu pernafasan.

"Saya baru jumpa dia pada Sabtu, Alhamdulillah keadaanya semakin baik tetapi dia memerlukan alat bantuan pernafasan sejak sembuh daripada Covid-19.

"Sebelum ini, kalau tidur dia perlu duduk bersandar dengan empat bantal, baru-baru ini baru boleh tidur dengan dua bantal, nasib baik dia sudah lengkap divaksinasi," ujarnya.

guru 3

Tambahnya lagi, dia berharap agar orang ramai mendoakan kesembuhan dan kesihatan ibu saudaranya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram