
BUAT pertama kali pasangan yang sedang hangat bercinta, Mas Idayu dan bakal suaminya, Sufian Che Isa berkongsi gambar romantis mereka berdua di sosial media selepas mendedahkan hubungan mereka kepada umum baru-baru ini.
Kedua-dua mereka berkongsi hantaran video dan gambar semasa semasa berbuka puasa berdua di sebuah restoran dan memuat naik kedua-dua status di masa yang sama pada Selasa.
Di akaun Instagram Mas Idayu, penyanyi lagu Cintaku 100% itu berkongsi hantaran video koleksi gambar dengan latar belakang lagu Cinta Sampai Mati oleh Raffa Affar.
Bersama video itu, Mas Idayu turut menulis satu kapsyen ringkas, " Jawapan dari doa-doaku, terima kasih sayang."
Sementara itu, di akaun Instagram milik Sufian Che Isa pula, Penerbit Eksekutif di TV3 itu berkongsi salah satu gambar yang terdapat dalam video hantran Mas Idayu.
Dia turut menulis kapsyen ringkas, " Daddy dan Mummy, selamat berbuka,".
Kedua-dua mereka turut meletakkan tag nama akaun antara satu sama lain di kapsyen masing-masing.
Kedua-dua status berkenaan turut dibanjiri dengan komen-komen daripada peminat dan rakan artis yang mendoakan kebahagian pasangan romantis itu.
Rata-rata mereka juga menyatakan tidak sabar untuk merasa 'nasi minyak' majlis perkahwinan pasangan itu.
Terdahulu, Mas Idayu memaklumkan bahawa dia bakal bernikah dengan lelaki pilihannya, Sufian Isa pada September 2022.
Menurut Mas Idayu, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu sejak ramai apabila kedua-duanya terlibat dalam progam Lagu Cinta Kita terbitan stesen televisyen itu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram