Tabiat letup sendi jari tidak sebabkan arthritis


  • Sihat
  • Khamis, 07 Apr 2022

Tabiat meletupkan sendi jari tidak menyebabkan penyakit arthritis.

IBU bapa kebiasaannya memberi amaran kepada anak-anak supaya tidak meletupkan sendi jari mereka kerana ia boleh membawa kepada masalah masa depan seperti penyakit arthritis.

'Cracking knuckles' atau meletupkan sendi jari sering dilakukan bagi mendapatkan rasa lega atau menghilangkan kebas.

Tabiat meletupkan sendi jari akan menjengkelkan orang di sekeliling, namun ia tidak menyebabkan arthritis.

Bunyi yang anda dengar ketika meletupkan sendi jari atau sendi lain terhasil daripada gelembung udara yang pecah dalam cecair sinovial di antara sendi anda.

Cecair sinovial ialah cecair pelincir di dalam sendi dan ia memerangkap nitrogen.

Ia berlaku secara semula jadi hasil daripada makanan yang kita makan.

Pengumpulan gas ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan kekejangan pada sendi.

Apabila anda meletupkan sendi jari, anda akan melepaskan gas yang kemudiannya menghasilkan bunyi 'pop'.

Seorang doktor California membuktikan bahawa meletupkan sendi jari adalah tidak berbahaya dengan melaporkan eksperimen yang dilakukan ke atas dirinya sendiri.

Sepanjang hayatnya, dia kerap meletupkan sendi jari pada sebelah tangannya.

Selepas beberapa dekad melakukan tabiat ini, dia mengambil X-ray kedua-dua belah tangannya dan mendapati tiada perbezaan arthritis.

Satu lagi kajian lebih besar dan lebih saintifik membuat kesimpulan sama pada tahun 1975.

Walaupun meletupkan sendi jari tidak menyebabkan arthritis, masih ada sebab yang baik untuk mengelakkan atau mengurangkan tabiat itu.

Kajian lain menunjukkan bahawa tabiat meletupkan sendi jari boleh mengurangkan kekuatan cengkaman.

Lebih teruk, individu yang meletupkan sendi jari berisiko untuk mencederakan diri sendiri. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram