"YANG 'so called' kayangan, ada PhD, patut lebih berhemah." Itu komen penyanyi, Datuk Hattan susulan video tular seorang pensyarah yang mengherdik golongan pelajar yang merupakan golongan B40 pada Rabu.
Menurutnya, golongan pendidik perlu lebih sensitif dalam memahami situasi pelajar tersebut.
"Bila dia kata ibu sudah tiada, maksudnya ibu sudah meninggal dunia, tiada sensitiviti langsung untuk mengatakan Innalillahiwainnailaihirojiun.
"Tidak kisah untuk marah sebab saya faham ia demi kebaikan tetapi adab kena jaga," katanya menerusi satu hantaran video di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya, dia menghormati niat pengajar tersebut tetapi cara sedemikian perlu diubah.
Hattan dalam video tersebut turut mengatakan bahawa dalam hidup tiada istilah B40 atau T20.
Katanya, semua manusia sama sahaja kerana jika ada apa-apa yang berlaku semua akan datang membantu termasuk golongan B40.
"Tiada istiah B40 atau T20, esok kalau kemalangan golongan B40 inilah yang datang membantu.
"Kita semua sama, dalam kubur pakai kain putih, jika pergi umrah atau haji juga semua pakai putih," ujarnya.
Terdahulu, tular di laman sosial klip video seorang pensyarah dari sebuah universiti awam dikatakan memarahi seorang pelajar semester lima gara-gara tidak mempunyai komputer untuk pengajian secara dalam talian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram