PENYAMPAI radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin dipilih sebagai penerima Anugerah Penyampai Radio Berpengaruh di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22) pada 24 Mac lalu.
DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia teruja dengan anugerah yang diterima dan bersyukur atas pengiktirafan orang luar terhadap jenama DJ Lin.
"Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini.
"Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM," katanya.
Menurut DJ Lin, pengiktirafan ini juga adalah anugerah yang ke-10 yang diterimanya sepanjang bergelar seorang penyampai radio.
Untuk rekod, DJ Lin yang berpengalaman selama 23 tahun dalam industri radio sudah beberapa kali mendapat pengiktirafan dan anugerah sebelum ini.
Antaranya termasuklah Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak empat kali, Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
