
SEMENANJUNG Malaysia, Sabah dan Sarawak merupakan kesan pelbagai formasi gunung berapi yang tersebar suatu ketika dahulu.
Apa yang menarik, terdapat enam kon gunung berapi di Taman Bukit Tawau, Sabah.
Gunung Magdalena merupakan gunung yang tertinggi antara ketiga-tiga gunung yang terdapat di kawasan itu dengan ketinggian 1,310m (meter) dari paras laut, diikuti dengan Gunung Lucia (1,202m) dan Gunung Maria (1,083m).
Ketiga-tiga gunung ini dipercayai wujud hasil daripada pembentukan puncak gunung yang sama dan dikenali sebagai "Three Sisters" kerana kedudukan antara gunung-gunung ini rapat.
Gunung Magdalena merupakan satu-satunya kawah gunung berapi di Malaysia dan ini bermakna ia pernah meletus dengan kuat sehingga puncaknya meledak suatu ketika dahulu.
Pakar mengatakan letusan itu berkemungkinan berlaku pada zaman Pleistosen sekitar 11,650 tahun lalu.
Tiga lagi kon gunung berapi yang lebih kecil di Taman Bukit Tawau adalah Bukit Harimau (337m), Bukit Quoin (541m) dan Bukit Bombalai (530m).
Bukit Bombalai yang berusia 27,000 tahun dianggap masih aktif kerana dua aliran lavanya mengalir ke dataran pantai berdekatan.
Kesimpulannya, kebanyakan gunung berapi di Malaysia tidak lagi aktif dan telah pupus.
Gunung berapi Linau-Balui Plateau dengan aliran lava kira-kira dua juta tahun lalu atau pembentukan Basalt Kuantan di Pahang lebih 200,000 tahun adalah contoh lain bagi kewujudan gunung berapi di Malaysia. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram