
BEKAS pengarah sebuah agensi kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana dipercayai menerima rasuah lebih RM1.2 juta daripada dua syarikat.
Suspek berusia 50-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM Sabah pada pukul 10 pagi Rabu.
Sumber berkata, suspek meminta dan menerima rasuah daripada dua syarikat untuk mendapatkan kontrak bagi kerja-kerja perkhidmatan yang diperlukan agensi itu antara 2017 hingga 2018.
Difahamkan, projek itu melibatkan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.
Karunanithy tidak menolak kemungkinan suspek akan didakwa tidak lama lagi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram