Penyanyi lagu 'Don't worry, be happy' tak bunuh diri


  • Hiburan
  • Rabu, 02 Mac 2022

BOBBY tidak membunuh diri dan beliau masih hidup. — The Star

WUJUD desas-desus mengatakan penyanyi lagu "Don't worry, be happy", Bobby McFerrin, telah membunuh diri tidak lama selepas lagu itu dikeluarkan.

Namun, ia tidak benar.

Penyanyi dan penulis lagu hit 1988 itu tidak membunuh diri dan beliau masih hidup.

Walaupun jauh dari zaman kegemilangannya, penyanyi berusia 71 tahun yang berasal dari Manhattan, New York, Amerika Syarikat itu masih aktif membuat persembahan.

Album terakhirnya dikeluarkan pada 2013 bertajuk "Spirityouall".

Spekulasi bahawa Bobby McFerrin bunuh diri bermula pada 1992.

Beliau dianggap sangat tertekan walaupun terkenal dengan lagu yang membawa mesej positif.

Lagu itu juga dikatakan ditulis oleh Bob Marley kerana mempunyai lirik yang sama: "Don't worry about a thing, every little thing's gonna be alright", namun ia tidak benar. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram