Ryan Reynolds 'bocor rahsia' tentang Deadpool


  • Hiburan
  • Jumaat, 18 Feb 2022

REYNOLDS menafikan bahawa Deadpool akan muncul dalam Doctor Strange 2.

SUDAH sekian lama adiwira Deadpool menyepi dan ramai yang tertanya adakah Marvel akan membawa filem itu untuk siri ketiga (Deadpool 3).

Berkongsi tentang khabar terkini filem Deadpool, Ryan Reynolds, yang memainkan watak utama (Wade Wilson) berkongsi perkembangan filem tersebut yang katanya sedang dalam progres untuk sekuel ketiga.

Reynolds 'membocorkan rahsia' itu semasa wawancara dengan Variety untuk The Adam Project, filem fiksyen sainsnya yang akan datang di Netflix.

Apabila ditanya mengenai status Deadpool 3, dia hanya menjawab: "Ia akan datang."

deadpool 2

REYNOLDS kini sedang dalam pengambaran filem The Adam Project. β€” Agensi

Ini tidak menghairankan kerana selepas Deadpool menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU), adiwira itu sunyi daripada sebarang perkembangan terkini.

"Kami tahu ia berlaku, tetapi bila ia akan berlaku itu masih belum ditentukan," kata Reynolds dengan nada yang optimis.

Pada Januari 2021, Presiden Marvel, Kevin Feige menyatakan skrip filem itu sedang dalam pembikinan, tetapi bila penggambaran akan dimulakan itu adalah persoalan lain.

Ini kerana Reynolds mendapat permintaan yang tinggi pembikin filem yang mahu mendapatkan khidmatnya.

"Ia akan diberi nilai R dan kami sedang mengusahakan skrip sekarang, dan Reynolds menyelia skrip," kata Feige.

β€œIa (penggambaran) tidak akan berlaku tahun ini. Reynolds adalah seorang pelakon yang sangat sibuk, sangat berjaya.

"Kami mempunyai beberapa perkara yang telah kami umumkan yang kini perlu kami buat, tetapi filem ini menarik untuk diteruskan," ujarnya.

Dalam erti kata lain, semua orang menantikan kemunculan semula Deadpool di layar perak, dan ia sedang dalam pembikinan.

Peminat hanya perlu menunggu kemunculannya selepas kejayaan sekuel pertama yang menampilkan sebuah filem aksi jenaka yang menghiburkan.

Satu perkara yang juga menjadi persoalan adakah Deadpool akan membuat kemunculan dalam siri Spiderman selepas multiverse kini berantakan dalam sekuel Spider-Man: No Way Home, Loki and Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Bagaimanapun, Reynolds menafikan bahawa Deadpool akan muncul dalam Doctor Strange 2. β€” Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram