Elak lima perkara ini selepas makan


  • Sihat
  • Rabu, 02 Feb 2022

SELAIN menjejaskan kesihatan, ada perbuatan selepas makan yang boleh membuatkan kita menjadi boroi.

KADANG-KADANG kita tidak sedar sebenarnya diri kita mempunyai tabiat yang pasti dilakukan selepas makan.

Kita berfikir bahawa perkara itu adalah normal tetapi sebenarnya ada tabiat yang kita lakukan itu sebenarnya tidak boleh dilakukan dan boleh menjejaskan kesihatan.

Berikut Majoriti kongsikan lima perkara yang tidak boleh dilakukan selepas makan seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan.

Tidur selepas makan

Bila dah kenyang, mata pun makin layu. Apatah lagi lepas makan nasi kandar, memang nikmat yang tak terhingga kalau dapat melelapkan mata.

Tetapi perkara itu sebenarnya boleh mengundang bahaya pada diri sendiri kerana tubuh memerlukan sedikit masa untuk memproses serta menghadam makanan dan minuman yang diambil.

Jika kita tidur, ia akan merencatkan proses ini lalu membuat tubuh badan tidak mendapat resapan nutrisi yang sewajarnya.

Jangan terkejut jika perut anda makin membuncit jika masih meneruskan tabiat ini ya.

Mandi selepas makan

Setelah seharian bekerja, ada yang lebih selesa untuk makan malam dahulu dan mandi selepas semua urusan selesai.

Sebenarnya, mandi selepas makan boleh membuatkan seseorang itu buncit kerana perbuatan itu akan melambatkan proses pencernaan makanan yang sangat diperlukan untuk menyerap nutrisi.

Ia berlaku akibat darah pada perut akan mengalir pada bahagian tubuh badan yang lain semasa mandi dan tidak membantu proses pencernaan.

Makan buah

Selain tidur selepas makan, ramai orang yang gemar mengambil buah-buahan selepas makan berat kononnya untuk menghilangkan rasa hanyir atau tidak selesa pada mulut.

Ia kurang bagus kerana sepatutnya anda perlu makan buah terlebih dahulu beberapa jam sebelum makan kerana buah tidak akan diproses dengan betul.

Sebaiknya akhiri waktu makan anda dengan mengambil sedikit manisan untuk menyegarkan mulut anda!

Minum teh

Ada yang beranggapan minum teh adalah bagus tetapi sebenarnya boleh menganggu proses pencernaan jika diambil selepas makan.

Minum teh akan mengganggu proses penyerapan zat besi yang sangat penting untuk tubuh badan kita melalui pengambilan protein.

Jika masih mahu, sila minum beberapa jam sebelum dan selepas makan okay?

Merokok

Perkara ini yang makin ditegur, makin menjadi-jadi dibuatnya.

Malah, sudah menjadi tabiat dan jika berkumpul bersama rakan perokok, jangankan sebatang selepas makan, sebelum makan pun sudah tak terkira berapa batang rokok dihisap.

Merokok selepas makan walaupun hanya sebatang sebenarnya mampu memberi kesan seperti menghisap 10 batang rokok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sihat, makan, mandi, boroi, rokok