Kes Covid-19 kekal meningkat, catat 4,744 kes


  • Primer
  • Rabu, 26 Jan 2022

JUMLAH kumulatif kes Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 2,844,969 kes sejak wabak itu bermula. — The Star

MALAYSIA merekodkan 4,744 jangkitan baharu Covid-19 pada Rabu, kekal mencatatkan peningkatan berbanding 4,066 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka semasa itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 2,844,969 kes sejak wabak itu bermula.

"Berdasarkan jumlah semasa, 30 kes (0.6 peratus) daripadanya adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 4,714 kes (99.4 peratus) lagi terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

"Daripada 4,744 kes itu, sebanyak 429 adalah kes import dan 4,315 pula adalah kes tempatan dengan 129 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Tambah beliau lagi, sebanyak 21 kluster baharu dilaporkan pada Rabu, menjadikan jumlah kluster aktif adalah 259 manakala kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) Malaysia pada semalam pula adalah 1.09. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram